Akar umbi UMNO sedia hadapi PRU-14

Wednesday, December 6, 2017

Akar umbi UMNO sedia hadapi PRU-14

Akar umbi UMNO sedia hadapi PRU-14

KUALA LUMPUR: Jentera UMNO di peringkat akar umbi bersedia sepenuhnya menyahut seruan Presiden parti, Datuk Seri Najib Razak, yang mahukan kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ia jelas terpancar pada laungan dan semangat perwakilan ketika menyahut persoalan Najib yang bertanyakan sama ada ahli parti keramat itu sudah bersedia menghadapi PRU-14.

Katanya, UMNO sentiasa membuat pemantauan bagi memastikan jentera akar umbi menjalankan tugas dan melangkah pada bila-bila masa bagi memastikan kemenangan UMNO dan BN.

"Ibu pejabat UMNO turun ke peringkat bahagian untuk membuat naziran, iaitu pemantauan daripada aspek kesiapsiagaan UMNO di peringkat akar umbi.

"Ucapan dasar Presiden juga meniup semangat kepada perwakilan dan ahli UMNO supaya kita bersedia bertempur bagi memastikan kemenangan besar BN pada PRU-14," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas ucapan dasar Presiden UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2017 di sini, hari ini.

Ismail Sabri berkata, ahli UMNO dan orang Melayu perlu mengambil serius peringatan Najib bahawa segala yang dikecapi hari ini akan berkecai jika tersilap membuat pilihan.

"Kita mesti mengekalkan kekuasaan UMNO dan BN yang akan meneruskan agenda perjuangan Melayu dan Islam serta membangunkan negara," katanya.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment