AGM Bersatu beri suntikan kepada ahli
SHAH ALAM - Pengumuman Bersatu mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM) selaras dengan kehendak Akta Pertubuhan 1966 dan perlembagaan parti bakal menyuntik semangat kepada ahli dan penyokong bagi menghadapi PRU14.
Penganalisis politik dari Univerisiti Malaya, Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, ini kerana parti tersebut telah menunjukkan kesungguhan dan komitemen mereka dalam menangani permasalah dalaman yang berlaku dengan cekap.
âIa mampu suntik semangat kepada ahli bersatu dan penyokong bahawa mereka bukan parti yang tidak boleh diabaikan serta boleh memberi ancaman kepada parti-parti lain.
âSelain itu, ia juga dapat menepis persepsi bahawa Bersatu tidak reti menguruskan parti sedangkan diketuai oleh tokoh-tokoh besar. Ini mengikis persepsi dan dakwaan dalam BN yang sebelum ini memperlekeh Bersatu,â katanya kepada Sinar Harian.
Katanya, mesyuarat agung tersebut juga memperlihatkan Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad dan pemimpin lain parti ituu mempunyai strategi khusus dalam menangani permasalah parti.
Menurutnya, Bersatu mempunyai sejarah hampir sama dengan PKR iaitu kurang mengancam dan mencabar pada permulaannya tetapi kini sebuah parti yang mampu menggugat kerajaan.
âSebab itu Bersatu tidak boleh dipandang enteng dan saya lihat beberapa kawasan Parlimen dan Dun boleh menyumbang kepada kemenangan parti itu seperti Kedah serta Johor kerana lonjakan terhadap mereka begitu kuat sekali.
âSaya kira ancaman Bersatu di Kedah bakal menyumbang kepada peralihan kuasa di negeri tersebut kepada Pakatan Harapan. Kemungkinan itu tinggi dan sukar untuk BN mempertahankan Kedah berdasarkan sentimen sekarang ini,â katanya.
Jelasnya, pengalaman Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menjadi pengarah pilihan raya bersama parti terdahulu dan kredibiliti Timbalannya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir memberi kekuatan ampuh.
âHubungan antara Bersatu dengan PKR begitu akrab dan menurut beberapa individu perjumpaan antara Mahathir, Muhyiddin dan Datuk Seri Anwar Ibrahim (Ketua Umum PKR) diadakan lebih kerap. Ini kombinasi yang tidak ada dalam PRU13 dan bagi PRU14 impaknya lebih lagi,â katanya.
Mengulas lanjut, beliau berpendapat, sekiranya calon Umno kalah kepada Bersatu pada PRU14, ia bakal memberi tamparan hebat buat mereka.
âIni beri tamparan kepada Umno dan satu kemengan psikologi kepada Harapan ,â katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment