6 rumah musnah dalam kebakaran

Thursday, December 7, 2017

6 rumah musnah dalam kebakaran

6 rumah musnah dalam kebakaran

PAPAR: Tindakan seorang budak lelaki berusia 12 tahun yang dipercayai bermain api dengan lilin bukan sahaja mengakibatkan rumah didiaminya terbakar, malah turut menyebabkan lima lagi rumah jirannya musnah dalam kebakaran di Skim Penempatan Kinarut, Papar, petang tadi.

Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, enam keluarga tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka musnah akibat kebakaran itu.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar Aloysius Steven Amit, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 6.39 petang.

"Sebaik tiba, operasi memadam dilakukan dan api dikawal daripada merebak ke rumah berhampiran pada jam 7.35 malam.

"Hasil pemeriksaan, kita dapati enam rumah musnah," katanya ketika di sini, hari ini.

Aloysius berkata, siasatan awal mendapati punca kebakaran dipercayai akibat tindakan seorang budak lelaki yang dikatakan kurang siuman menyalakan lilin di bilik rumahnya, sebelum api merebak.

"Ketika kejadian, kita dimaklumkan oleh penduduk kampung ada seorang wanita warga tua berusia 70 tahun dikatakan terperangkap di rumahnya.

"Hasil pemeriksaan dan pemerhatian, wanita terbabit berjaya diselamatkan oleh ahli keluarganya dengan dibantu penduduk kampung," katanya.

Beliau berkata, api dipadamkan sepenuhnya kira-kira jam 8 malam dan punca sebenar kebakaran masih dalam siasatan.

Katanya, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kebakaran itu.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment