3 sekawan sesat ditemui selamat

Saturday, December 16, 2017

3 sekawan sesat ditemui selamat

3 sekawan sesat ditemui selamat

AMPANG: Tiga remaja, termasuk seorang perempuan yang tersesat ketika mendaki di Bukit Tabur, dekat sini, lewat petang semalam, diselamatkan anggota bomba dan penyelamat, awal pagi tadi.

Mereka yang berusia antara 16 tahun dan 18 tahun ditemui di kawasan hutan bersebelahan Tasik Ampangan pada jam 2.34 pagi, tanpa sebarang kecederaan.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul, berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan perkara itu pada jam 10.02 malam.

Beliau berkata, sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba Ampang digerakkan ke lokasi bagi mencari mangsa.

Operasi itu, katanya, turut disertai Jabatan Perhutanan, polis, Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).

"Tiga remaja itu dikhuatiri sesat di dalam kawasan hutan bukit berkenaan selepas dimaklumkan gagal dihubungi sehingga jam 7.22 malam semalam," katanya.

Mohd Sani berkata, mangsa diserahkan kepada pihak polis dan Jabatan Perhutanan untuk tindakan lanjut.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment