15 rumah terbakar di Kampung Baru

Thursday, December 28, 2017

15 rumah terbakar di Kampung Baru

15 rumah terbakar di Kampung Baru

KUALA LUMPUR: Sebanyak 15 rumah terbakar di Lorong Raja Muda Enam, Kampung Baru, kira-kira 8 pagi tadi.

Kebakaran membabitkan rumah milik persendirian yang disewa kepada pekerja asing.

Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 9.39 pagi.

"Seramai 24 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Titiwangsa, Hang Tuah, Jalan Tun Razak, Keramat, dan Bandar Tun Razak mengawal kebakaran.


ANGGOTA Bomba dan Penyelamat bertungkus lumus memadamkan kebakaran di sebuah rumah di Kampung Baru. Kebakaran melibatkan kawasan perumahan dan rumah kedai dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini. - Foto Hafiz Sohaimi

"Tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dan punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya.

Sementara itu, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa, berkata pihaknya akan memohon kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk mendapat penempatan sementara bagi mangsa.

"Saya akan membuat permohonan kepada DBKL untuk memberikan tempat tinggal sementara sehingga rumah yang terbabit dibaiki sepenuhnya," katanya selepas melawat tempat kejadian.


JANTAN Razak pemilik rumah yang terbakar di lorong Raja Muda Musa. - Foto Nur Afiradina Arshad

Menurut pemilik rumah, Jantan Razak, 70, dia dimaklumkan mengenai kejadian itu kira-kira jam 9 pagi.

"Apabila tiba, saya tengok rumah dah habis terbakar.

"Penyewa rumah saya itu pergi bekerja dan api dipercayai berpunca daripada rumah belakang, iaitu rumah peninggalan arwah nenek," katanya.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment