Teknologi bantu pendidik tumpu pembangunan modal insan

Thursday, November 16, 2017

Teknologi bantu pendidik tumpu pembangunan modal insan

Teknologi bantu pendidik tumpu pembangunan modal insan

DOHA: Perkembangan teknologi dalam bidang pendidikan akan memberi peluang kepada warga pendidik untuk menumpukan lebih perhatian kepada pembangunan modal insan berbanding persediaan pengajaran.

Wakil Yayasan Bertelsmann Jerman, Dr Jorg Dragger, berkata penggunaan teknologi membolehkan warga pendidik berkongsi kandungan pengajaran secara lebih kondusif dan efektif bagi meningkatkan mutu pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc).

"Kita melihat bagaimana teknologi seperti kecerdasan buatan (AI) membantu dalam bidang perubatan dengan mengurangkan masa untuk mendiagnos penyakit, dan ini membolehkan pakar perubatan untuk memberi tumpuan kepada rawatan.

"Konsep yang sama juga boleh dimanfaatkan dalam bidang pendidikan. Tumpuan kepada pembangunan modal insan akan membantu melahirkan pelajar yang lebih seimbang dan bersedia untuk alam pekerjaan," katanya ditemui BH pada Sidang Kemuncak Inovasi Dunia bagi Pendidikan (WISE), di Pusat Konvensyen Qatar.


Delegasi Sidang Kemuncak Inovasi Dunia bgi Pendidikan (WISE) pada sidang plenari di Pusat Konvensyen Qatar.

Beliau antara panel yang membincangkan tajuk Pembelajaran Sepanjang Hayat Dalam Ekonomi Inovasi. Ahli panel lain ialah Pengasas yang juga Pengerusi Udacity Jerman, Sebastian Thrun.

Sementara itu, Thrun berkata, meskipun kajian menunjukkan digital bakal mengambil alih peranan tradisional sepenuhnya dalam pelbagai bidang termasuk pendidikan, kekangan geografi dan keupayaan ekonomi akan menjadi cabaran utama.

Beliau mengambil contoh bagaimana buku teks digital yang dijangka akan menggantikan buku teks fizikal dalam masa 10 tahun, namun mengakui kewangan dan kedudukan geografi menjadi penghalang.

Selain itu, katanya, cabaran yang perlu difikirkan kini ialah cara bagi memastikan kesediaan pelajar untuk berdisiplin dengan belajar sendiri menggunakan teknologi.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment