10 pesalah trafik miliki waran tangkap

Thursday, November 16, 2017

10 pesalah trafik miliki waran tangkap

10 pesalah trafik miliki waran tangkap

ALOR SETAR - Dua lelaki yang ditahan dalam Ops Warta di Lebuhraya Sultan Abdul Halim, hari ini, dibawa untuk dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, apabila dikesan memiliki waran tangkap atas pelbagai kesalahan trafik di negeri ini.

Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, Superintendan Zahari Mohamed, polis membawa dua lelaki itu dibawa ke makhamah untuk dibicara, sebaik mengesan kesalahan dilakukan.

"Majistret Mohd Aizuddin Zolkafly kemudiannya menjatuhkan hukuman denda mahkamah RM400 atau empat hari penjara keatas lelaki berusia 40 tahun, jika gagal membayar denda atas satu waran tangkapnya.

"Seorang lelaki berusia 20 tahun dikenakan hukuman denda RM3500 atau 32 hari penjara jika gagal membayar denda atas empat waran tangkap membabitkan sembilan kesalahan dilakukannya," katanya.

Zahari berkata, orang kena saman (OKS) itu bagaimanapun mengaku salah dan memohon rayuan denda atas kesalahannya dikurangkan semasa pertuduhan dibacakan terhadap mereka.

Manakala, katanya, lapan individu lain yang dikesan memiliki waran tangkap dalam operasi sama bertindak menjelaskan bayaran saman melibatkan jumlah keseluruhan RM4500 di kaunter Cops Trafik Kota Setar.

Menurut beliau, sebanyak 150 saman membabitkan 152 kesalahan dikeluarkan kepada pesalah trafik dalam ops warta selama enam jam bermula jam 9 pagi itu.

Katanya, operasi berakhir jam 3 petang tadi disertai 22 anggota JSPT IPK Kedah bersama Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Kota Setar dan Sukarelawan Polis Diraja Malaysia (SPDRM), serta lima anggota JPJ Kedah.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment