Tabik Aireen

Wednesday, November 1, 2017

Tabik Aireen



KETUA Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad (AirAsia) Aireen Omar dinobatkan Ketua Pegawai Eksekutif Tahunan Asia Pacific pada majlis Anugerah Aviation 100 di Hong Kong, Selasa lalu.

Pada majlis sama, syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia itu turut merangkul Anugerah Tahunan APAC Debt Deal untuk Pembiayaan Komersial bagi tujuh pesawat A320.

Aireen berkata, anugerah itu bukti kerja keras dan dedikasi kakitangan AirAsia di seluruh dunia dalam memastikan syarikat itu kekal berdaya saing di peringkat global.

“Pencapaian ini melambangkan usaha dan ketekunan warga AirAsia selain keinginan serta semangat yang tinggi untuk terus menjadi juara dunia kepada tetamu kami.

“Anugerah ini adalah untuk semua kakitangan ‘Allstars’ kami,” katanya dalam satu kenyataan di Putrajaya, hari ini.

Sementara itu, Ketua Kumpulan Perbendaharaan AirAsia Rozainol Bahari berkata, pihaknya teruja untuk membawa pulang Anugerah Tahunan APAC Debt Deal bersama rakan kongsi, Credit Agricole Corporate Investment Bank (CACIB).

“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua atas kerja keras mereka menjayakan perjanjian kewangan ini. Kami akan terus mencari jalan untuk memberikan yang terbaik dalam semua perkara dilakukan,” katanya.

Anugerah Aviation 100 adalah anugerah tahunan yang memasuki edisi ketujuh bertujuan mengiktiraf organisasi paling cemerlang dalam industri aeroangkasa.



sumber: hmetro

0 comments:

Post a Comment