Polis Marin tumpaskan cubaan seludup minuman alkohol

Monday, November 20, 2017

Polis Marin tumpaskan cubaan seludup minuman alkohol

Polis Marin tumpaskan cubaan seludup minuman alkohol

LABUAN - Polis Marin Labuan menumpaskan cubaan menyeludup pelbagai jenis minuman beralkohol bernilai RM28,600 dan merampas sebuah bot laju dilengkapi enjin berkuasa tinggi bernilai RM130,000 pada Sabtu.

Anggota Polis Marin menjalankan ‘Op Landai’ di sekitar perairan Labuan berhampiran perairan Sabah apabila mereka ternampak bot dalam keadaan mencurigakan yang memecut laju ke arah Sungai Weston kira-kira 6 pagi.

“Bot itu segera memecut ke arah Sungai Weston apabila ternampak anggota kami menghampiri mereka, kata Komander Polis Marin Sabah, Asisten Komisioner Mohd Yazib Abd Aziz dalam kenyataan kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata pasukan Polis Marin berjaya menahan bot itu ketika ia berhenti di tebing sungai dan menahan tiga lelaki warga tempatan iaitu seorang juragan serta dua kru.

Setelah diperiksa, bot itu didapati membawa muatan 187 karton Tiger Beer dan 77 karton Burgemeester Beer dipercayai cuba diseludup keluar dari pulau bebas cukai Labuan.

Rampasan termasuk bot dan enjin dianggarkan bernilai RM158, 000.00.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment