Pesawat Charlie dilengkapi teknologi canggih

Sunday, November 19, 2017

Pesawat Charlie dilengkapi teknologi canggih


HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN
HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pesawat Charlie digunakan secara meluas di banyak negara malah kerangka pesawat tersebut juga adalah antara yang terbaik.

“Ada peruntukan dalam Bajet 2018 untuk menaik taraf Charlie dan helikopter Nuri Sikorsky S-61A-4, malah bajet bagi menaik taraf pesawat-pesawat serta aset tentera sebenarnya tidak perlu dituntut kepada kerajaan.

“Jangan hanya satu insiden melibatkan pesawat Charlie dikatakan saya tidak mahu beri fokus kepada pesawat ini, usaha menaik taraf pesawat tentera ini sedang dalam perancangan,” katanya dalam sidang akhbar sempena Konvensyen Pemerkasaan Agenda Ummah 3.0 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Beliau mengulas insiden pesawat Charlie milik TUDM yang membuat pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Labuan semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.15 petang itu, pesawat terbabit menghadapi masalah kekaki (landing gear) pesawat yang menyebabkan ia tidak dapat mendarat secara normal.

 



sumber: utusan

0 comments:

Post a Comment