Nak tembak babi, terkena orang awam

Sunday, November 19, 2017

Nak tembak babi, terkena orang awam

Nak tembak babi, terkena orang awam

JASIN - Seorang pemilik senjata api berlesen ditahan ditahan kerana kesalahan melepaskan tembakan sehingga menyebabkan kecederaan kepada orang awam di Kampung Seri Mendapat, Merlimau semalam.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Arshad Abu berkata, pihak polis menerima laporan dari pihak hospital Jasin sekitar jam 4.00 petang berkenaan seorang pesakit lelaki melayu berumur 30 tahun yang mengalami kecederaan di tapak kaki kiri akibat terkena tembakan.

Menurutnya, siasatan lanjut membawa kepada tangkapan kepada pemilik senjata api tersebut yang merupakan seorang lelaki berusia 50 tahun.

"Pihak polis mendapati lebih kurang jam 12.00 tengahari 19/11/17 saspek telah menembak seekor khinzir hutan yang melintas jalan.

"Tanpa disedari sebutir peluru daripada senjata tersebut mengenai kaki mangsa.

"Buat masa sekarang, keadaan mangsa stabil dan anak peluru telah dikeluarkan dari kaki," katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Berikutan itu, pihak polis telah merampas selaras senapang jenis short gun bersama empat butir peluru.

Kes disiasat di bawah Sek 37 Akta Senjatapi 1960.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment