Ini kerja `binatang'!

Monday, November 20, 2017

Ini kerja `binatang'!



JANIN bayi perempuan berusia tujuh bulan ditemui dibuang di tebing Sungai Tanjung Charlie berhampiran tanah perkuburan Islam Tanjung Charlie, Alor Setar di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan janin itu 6.55 petang daripada orang ramai sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, polis menemui janin itu bersama bungkusan plastik hitam berhampirannya.

"Janin itu kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) dan hasil siasatan mendapati janin bayi perempuan itu baru berusia tujuh bulan.

"Buat masa ini kami masih mengenal pasti suspek yang membuang janin itu," katanya.

Mohd Rozi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.



sumber: hmetro

0 comments:

Post a Comment