Harga minyak di AS jatuh ke paras terendah

Wednesday, November 15, 2017

Harga minyak di AS jatuh ke paras terendah

Harga minyak di AS jatuh ke paras terendah

NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Harga minyak terus jatuh ke paras terendah selepas kerajaan Amerika Syarikat melaporkan peningkatan tidak dijangka pada stok minyak mentah dan gasolin, lapor Reuters.

Harga kekal berterusan berada di bawah tekanan daripada prospek Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) yang menunjukkan permintaan minyak mentah yang lebih perlahan.

Analisis Tenaga Kanan Kumpulan Future Group, Phil Flyn mendakwa bahawa data menunjukkan stok sulingan di Teluk AS jatuh ke paras terendah tahun ini sementara kadar penyulingan pula meningkat.

"Keseluruhannya, laporan tersebut agak menyokong kerana ia tidak seperti laporan API malam tadi, dalam pada itu, kami perlahan-lahan mencari jalan keluar daripada masalah ini," katanya.

Sementara itu, West Intermediate (WTI) didagangkan pada AS$55.42 (RM231.90) satu tong, turun 32 sen menunjukkan kadar penurunan pada hari keempat.

Pengeluaran minyak mentah AS melonjak lebih 14 peratus sejak pertengahan 2016 kepada 9.65 juta tong sehari dan dijangka terus berkembang.

IEA menyasarkan pengeluaran bukan Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum  (OPEC)  akan naik 1.4 juta tong sehari menjelang 2018.

OPEC akan bermesyuarat pada 30 November depan dan dijangka bersetuju menlanjutkan pemotongan pengeluaran yang dipersetujui sebelum ini.  - reuters

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment