Fattah Amin, Fazura popular di carian Google

Monday, November 20, 2017

Fattah Amin, Fazura popular di carian Google

Fattah Amin, Fazura popular di carian Google

NAMA pasangan ‘kekasih’ Fattah Amin dan Nur Fazura terus menjadi trending di carian Google.

Menerusi bancian di Google Trends, pelayar internet dari Terengganu lebih banyak membaca berita tentang Fattah Amin dan Nur Fazura ini.

Sejak digandingkan dalam drama Hero Seorang Cinderalla, pasangan ini terus mencipta fenomena dengan tanda pagar #fattzura di media-media sosial.

Tidak hanya pasangan dalam drama, kisah cinta mereka dikatakan terbawa-bawa ke luar.

Dari hubungan sebagai kawan, bertukar kepada kawan istimewa dan kini pasangan ini dikatakan sudah mengikat tali pertunangan sehari sebelum kedua-duanya berangkat ke Tanah Suci 15 November lalu.

Biarpun masih tiada perkataan keramat ‘ya.. kami sudah bertunang’ daripada kedua-duanya, Fattah Amin dan Nur Fazura terus diburu peminat terutama di media sosial.

Setiap ketika, peminat menunggu perkembangan mereka dari masa ke masa.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment