Enam pemandu teksi dicekup!

Sunday, November 19, 2017

Enam pemandu teksi dicekup!


ENAM pemandu teksi antara 45 individu ditahan dalam operasi membanteras perjudian haram di seluruh negeri Sarawak mulai 13 hingga 19 November lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak (JSJ) Datuk Dev Kumar berkata, enam pemandu teksi itu ditahan ketika serbuan dijalankan di sebuah perhentian teksi di Jalan Khoo Peng Loong.

Semua mereka didapati berjudi di tempat awam dan satu pek kad serta wang tunai berjumlah RM185 turut dirampas.

“Seramai 33 individu yang ditahan dalam operasi tujuh hari itu adalah lelaki dan selebihnya wanita berusia lingkungan 16 hingga 69 tahun,” katanya.

Selain itu polis turut menyerbu dua sarang laga ayam di Saratok, Betong dan Tatau, di Bintulu, pada waktu sama.

“Kesemua mereka ditahan mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Ordinan Pencegahan Penganiayaan Terhadap Binatang 1962,” katanya.



sumber: hmetro

0 comments:

Post a Comment