Enam diperintah bela diri kes bunuh Kevin

Sunday, November 19, 2017

Enam diperintah bela diri kes bunuh Kevin

Enam diperintah bela diri kes bunuh Kevin

KUALA LUMPUR: Enam lelaki termasuk seorang pakar patalogi diperintah membela diri oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, atas tuduhan membunuh Timbalan Pendakwa Raya, mendiang Datuk Anthony Kevin Morais, dua tahun lalu.

Hakim Datuk Azman Abdullah membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap semua tertuduh.

Azman kemudian menetapkan selama enam hari bermula 19 Januari depan untuk semua tertuduh membela diri.

Lima lelaki iaitu R Dinishwaran, 24; A K Thinesh Kumar, 23; M Vishwanath, 26; S Nimalan, 23, dan S Ravi Chandaran, 45, dituduh membunuh Kevin ketika perjalanan dari Jalan Dutamas Raya, di sini ke nombor 1 Jalan USJ1/6D, Subang Jaya, antara jam 7 pagi dan 8 malam pada 4 September 2015.

Pakar Patalogi, Kolonel Dr R Kunaseegaran, 53, didakwa bagi mencapai niat bersama-sama dengan lima lelaki itu untuk membunuh Kevin pada tempat, masa dan tarikh sama.

Semua mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Pada prosiding itu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Saiful Edris Zainuddin, manakala peguam Datuk N Sivananthan, M Manoharan, V Rajehgopal dan Shiva Kumar mewakili semua tertuduh.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment