Warga emas maut ambulans dinaiki terbabit kemalangan

Monday, July 2, 2018

Warga emas maut ambulans dinaiki terbabit kemalangan

Warga emas maut ambulans dinaiki terbabit kemalangan

KUALA LUMPUR â€" Seorang wanita warga emas maut selepas ambulans yang dinaiki terbabit dalam kemalangan di Lebuhraya Sultan Iskandar menghala ke Jalan Parlimen di sini, malam ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya  berkata dalam kejadian kira-kira 7 malam itu, ambulans yang membawa mangsa dalam perjalanan dari Bulatan Pahang menghala ke arah Parlimen, melanggar belakang sebuah kereta Perodua Myvi.

Beliau berkata mangsa Fatimah Mohd Arzbon, 67, yang sebelum itu mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta di Kampung Baru di sini, maut di tempat kejadian.

“Ambulans berkenaan bertolak dari sebuah hospital swasta di Kampung Baru membawa semua penumpang ke rumah mangsa di Taman Tun Dr Ismail.  

“Pemandu Perodua Myvi dikatakan mengubah haluan ke lorong tengah menyebabkan ambulans itu melanggar bahagian belakang kereta tersebut sebelum terbabas melanggar tembok batu dan berpusing,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Zulkefly berkata enam mangsa termasuk pemandu ambulans, pembantu perubatan, jururawat dan dua anggota keluarga mangsa yang turut berada dalam ambulans berkenaan mengalami kecederaan dan​dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Sementara itu, beliau berkata pemandu Perodua Myvi berusia 30 tahun dari Yaman itu, tidak mengalami sebarang kecederaan. - Bernama
 



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment