[VIDEO] Bapa saudara didakwa bunuh anak saudara dengan 59 tikaman

Monday, July 2, 2018

[VIDEO] Bapa saudara didakwa bunuh anak saudara dengan 59 tikaman


Goh Jie Keat, 22, didakwa melakukan perbuatan itu terhadap Serena Yip Pei Yee di sebuah rumah di Jalan Kuang Gunung, Taman Kepong, Sentul di sini antara pukul 7 malam dan 8 malam, 18 Jun lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati kerana membunuh orang, jika sabit kesalahan.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, K. Vasugi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Majistret Siti Radziah Kamarudin kemudian menetapkan 3 September ini untuk sebutan kes.

Akhbar sebelum ini melaporkan kanak-kanak malang itu ditemukan neneknya di dalam bilik stor kediaman mereka dengan lebih 30 kesan tikaman di badannya.- UTUSAN ONLINE



sumber: utusan

0 comments:

Post a Comment