Datuk bandar di Filipina ditembak mati

Monday, July 2, 2018

Datuk bandar di Filipina ditembak mati

Datuk bandar di Filipina ditembak mati

MANILA - FILIPINA. Seorang datuk bandar kontroversi di Filipina ditembak mati ketika acara menaikkan bendera di Tanauan, selatan Manila.

Antonio Halili ditembak di dada ketika menyanyikan lagu kebangsaan dialam satu acara di sebuah dewan, penembak terbabit dilaporkan berjaya melepaskan diri dan tiada suspek dikenal pasti setakat ini.

Rakaman di tempat kejadian menunjukkan hadirin menjerit dan bertempiaran lari menyelamatkan diri.

Ketua polis tempatan, Renato Mercado berkata, tembakan yang dilepaskan dari jarak 150 meter itu dipercayai dilakukan seorang penembak tepat yang terlatih.

Halili mendapat perhatian antarabangsa dua tahun lalu gara-gara memaksa suspek dadah berjalan sambil membawa papan tanda yang menyatakan kesalahan mereka.

Bagaimanapun tahun lalu, kuasanya terhadap polis tempatan mula berkurangan setelah kerajaan menuduh beliau terlibat dengan perniagaan dadah secara haram. - BBC



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment