Zahid ke SPRM lagi esok

Monday, July 2, 2018

Zahid ke SPRM lagi esok


Hari ini bekas Timbalan Perdana Menteri itu memberi keterangan lebih lapan jam kepada SPRM berhubung kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Zahid tiba di ibu pejabat SPRM pada pukul 9.52 pagi dan keluar pada pukul 6.30 petang ini.

Semalam, Ahmad Zahid dalam sidang akhbar pertamanya selaku Presiden UMNO memaklumkan beliau bersedia memberikan kerjasama kepada SPRM berhubung kedua-dua kes berkenaan.

Ahmad Zahid ketika ditemui pemberita selepas keluar dari ibu pejabat SPRM berkata, pada hari ini beliau selesai memberi keterangan berhubung kes 1MDB dan akan hadir semula esok untuk memberi keterangan berhubung yayasan.

“Hari ini saya selesai memberikan keterangan berhubung kes 1MDB dan akan kembali esok untuk memberi keterangan berhubung kes yayasan pula,” katanya - UTUSAN ONLINE



sumber: utusan

0 comments:

Post a Comment