Aishah umum tinggalkan dunia politik

Monday, July 2, 2018

Aishah umum tinggalkan dunia politik

Aishah umum tinggalkan dunia politik

SELAIN terkenal dengan lagu hit Janji Manismu, penyanyi Aishah atau nama penuhnya Wan Aishah Wan Ariffin juga dikenali umum dengan penglibatan aktifnya dalam bidang politik.

Pun begitu, selepas peralihan kerajaan baharu, pemenang program Gegar Vaganza musim keempat ini tampil memberitahu kepada orang ramai menerusi akaun Instagramnya, kini sudah tidak lagi menjadi ahli politik.

"Dulu bermula dari bidang seni sekarang kembali fokus kepada bidang ini.

"Selamat tinggal politik, dari saat ini I seperti orang lain menjadi pemerhati dan pengundi sahaja," tulisnya.

Sebelum keputusan itu dibuat oleh penyanyi berusia 53 tahun ini, Aishah merupakan ahli politik parti PAS.

Walau bagaimanapun, Aishah gagal merebut kerusi Parlimen Jempol, Negeri Sembilan yang menentang Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad daripada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Kegagalan itu, Aishah meneruskan pula perjuangan politiknya menerusi Parti Amanah Negara (PAN) dan dilihat begitu aktif dengan aktiviti serta ceramah di bawah Pakatan Harapan pada PRU ke-14 pada 19 Mei lalu.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment