Tetap bersyukur walau hebat diuji
SEREMBAN â" âSaya bersyukur kerana diberi peluang kedua dan masih dapat mengimamkan solat isteri meskipun terpaksa bercakap menggunakan alat bantu suara,â kata bekas Pensyarah Kanan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Jumali Selamat, 63, yang kini derita menghidap penyakit kanser peti suara tahap tiga sejak lapan bulan lalu.
Menurutnya, dia yang merupakan perokok tegar sejak berusia 20 tahun tidak menyangka suaranya yang serak pada hujung tahun 2013 adalah petanda awal dia menghidap penyakit itu sehinggalah suaranya hilang tiba-tiba pada hujung tahun 2016.
âSaya tak terfikir ia menjadi serius begini. Cuma bila saya sukar nak bernafas, barulah saya pergi ke hospital.
âDoktor mengesyaki saya menghidap penyakit radang paru-paru, â katanya.
Bagaimanapun dua minggu selepas itu, bapa kepada empat anak ini sekali lagi mengalami kesukaran untuk bernafas dan menjalani pembedahan buat kali kedua membuang peti suaranya selepas disahkan menghidap kanser.
Malah ketika itu isterinya Zaitun Sarbini, 63, yang merupakan pesara guru pula diduga dengan penyakit kanser payudara tahap kritikal.
âIni semua ketentuan ALLAH. Walaupun diuji begini, tapi saya bersyukur kerana kami bersama mengharunginya.
âSekarang ini saya bernafas menggunakan lubang yang ditebuk pada leher kerana hidung tidak lagi berfungsi.
âJika nak bercakap saya perlu menggunakan alat bantu suara atau (elektrolarynx) yang harganya RM4,200. Walaupun sukar, tapi saya bersyukur kerana tidak alami masalah kesihatan lain dan telah berhenti merokok Januari tahun ini,â katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bahagia Jiboi, Ampangan di sini, semalam.
Terdahulu beliau menerima kunjungan Naib Ketua Puteri Umno Negeri Sembilan, Zabedah P.Mastar dalam program Puteri Peduli 2.0 peringkat negeri yang diadakan serentak di seluruh negara.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment