Rezeki luar biasa nelayan Pantai Beserah

Tuesday, November 21, 2017

Rezeki luar biasa nelayan Pantai Beserah


Kebanyakan ikan yang ditangkap terdiri daripada jenis gelama dan selayang berukuran 15 hingga 18 sentimeter seekor.

Seorang nelayan, Mat Isa Abdul Latib, 37, berkata, ikan-ikan tersebut dikesan memasuki perairan pantai bermula awal pagi semalam selepas mendapati pukat yang ditarik lebih berat daripada biasa.

"Selalunya, ikan gelama ini mengejar udang baring yang menjadi sumber makanan. Ia bukan perkara pelik di pantai ini kerana sering berlaku setiap kali udang baring bermain (berenang) di perairan pantai.

"Apabila (suhu) air pantai lebih panas daripada biasa, udang baring akan berenang di kawasan ini dan diikuti pemangsa," ujarnya yang mendaratkan kira-kira 300 kilogram ikan gelama.

Dalam pada itu, beberapa keping gambar yang tular di laman sosial Facebook hari ini menunjukkan beberapa nelayan meraih hasil ribuan ekor ikan selepas menarik pukat yang dipasang di perairan Pantai Beserah. - UTUSAN ONLINE



sumber: utusan

0 comments:

Post a Comment