Pesalah JMG mengaku salah kes rasuah

Wednesday, November 15, 2017

Pesalah JMG mengaku salah kes rasuah

Pesalah JMG mengaku salah kes rasuah

IPOH: Seorang pesara Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Perak mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana menerima suapan bernilai RM300 ketika masih berkhidmat dua tahun lalu.

R Thangavelu, 61, membuat pengakuan itu ketika pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Hakim S Indera Nehru.

Indera Nehru bagaimanapun menetapkan 19 Disember ini sebagai tarikh membentangkan fakta kes dan hukuman.

Beliau turut memerintahkan jaminan sebanyak RM9,000 dengan seorang penjamin ke atas tertuduh disambung.

Pada 10 Ogos lalu, tertuduh kali pertama didakwa atas kesalahan itu di mahkamah sama tetapi mengaku tidak bersalah dan meminta dirinya dibicarakan, namun menukar pengakuan kepada bersalah ketika sebutan semula kes itu hari ini.

Thangavelu yang ketika itu berkhidmat sebagai Pegawai Geosains, didakwa menerima wang tunai RM300 daripada Mohamad Imran Abdullah yang diketahui mempunyai hubungan kerja rasminya.

Kesalahan itu dilakukan di bilik pejabat Tingkat 1, Bangunan Makmal Kimiabumi, Bahagian Perkhidmatan Teknikal JMG di sini pada jam 4.10 petang, 4 September 2015.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Wahida Jalaluddin manakala tertuduh M Kathan.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment