Penyokong Pas raikan kemenangan Wisma Tok Guru

Thursday, November 16, 2017

Penyokong Pas raikan kemenangan Wisma Tok Guru

Penyokong Pas raikan kemenangan Wisma Tok Guru

KOTA BHARU - Lebih 3,000 penyokong Pas menyertai Himpunan Kesyukuran dan Solat Hajat Perdana di pekarangan Wisma Tok Guru di Kampung Pendek, Salor di sini malam ini.

Orang ramai mula berkumpul bagi meraikan kejayaan Pas mendapatkan kembali tanah berkenaan sejak jam 6 petang tadi sebelum mereka bersama menunaikan solat Margrib, Isyak dan hajat yang diimamkan oleh adik Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nik Razi Nik Mat.

Hadir sama dalam himpunan tersebut, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob; timbalannya, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah; Ketua Pemuda Pas Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari; Ketua Penerangan Pas, Datuk Mohd Nassuruddin Daud dan seluruh barisan kepimpinan Pas negeri ini.

Lebih meriah apabila, bendera besar Pas turut dinaikkan sebagai simbolik lokasi yang digunakan oleh Naib Presiden Amanah, Datuk Husam Musa dan menjadi pertikaian antara kedua-dua parti tersebut sejak lebih dua tahun lalu kembali menjadi milik Pas.

Nik Razi selepas, mengimamkan solat tersebut sempat menyeru kepada seluruh rakyat negeri ini agar menolak Pas dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Mereka (Amanah) anak murid Tok Guru derhaka. Jangan bagi undi kepada mereka. Saya juga ingatkan jangan sesekali gunakan nama Tok Guru Nik Abdul Aziz untuk kepentingan politik,” katanya.

Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan injunksi yang dikemukakan Husam terhadap pemilik baharu tanah di Wisma Tok Guru.

Husam yang juga Adun Salor dalam injunksinya memohon perintah mahkamah agar Wisma Tok Guru tidak diganggu sehingga status quo pemilikan bangunan berkenaan diputuskan mahkamah hasil perbicaraan bermula 4 Disember ini.

 

Isu perebutan itu bermula susulan tanah yang asalnya milik bekas Adun Salor, Allahryarham Datuk Ahmad Rosli Ibrahim yang dinamakan atas isterinya sebagai pemilik dijual kepada Mohd. Yasin yang juga Setiausaha Kerja Pas Kelantan dengan harga RM700,000.
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment