Penduduk berpesta di Harare, Mugabe akhirnya letak jawatan

Tuesday, November 21, 2017

Penduduk berpesta di Harare, Mugabe akhirnya letak jawatan


Pemimpin berusia 93 tahun itu akhirnya meletakkan jawatan selepas menghadapi pelbagai tekanan termasuk rampasan kuasa oleh tentera dan undi tidak percaya di parlimen.

"Kami sangat gembira akhirnya perubahan bakal berlaku,” kata Togo Ndhlalambi berusia 32 tahun.

"Kami bangun setiap pagi mengharapkan detik ini. Negara ini telah melalui situasi sangat getir.”

Selepas krisis politik yang berlarutan selama seminggu rakyat Zimbabwe meluahkan perasaan dengan pelbagai cara termasuk menarik di jalan-jalan.

"Saya gembira Mugabe letak jawatan selepas 37 pemerintahan kuku besi,” kata Tinashe Chakanetsa, 18.

Beliau berharap negara berkenaan tidak lagi ditadbir oleh seorang individu seperti sebelum ini.

"Kami memerlukan pemimpin yang dipilih rakyat. Saya berharap akan memperoleh pekerjaan selepas ekonomi negara ini pulih.” - AFP



sumber: utusan

0 comments:

Post a Comment