Murid teruja sertai Fun Ride

Monday, November 13, 2017

Murid teruja sertai Fun Ride

Murid teruja sertai Fun Ride

SUNGAI PETANI â€" Seramai 65 murid terlibat dalam kayuhan Fun Ride Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Aman Bedong kali ke-8 yang turut disertai guru pengiring, ahli jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta waris.

Urusetia Program, Safinah Salwa Zainol Abidin berkata, acara ini adalah aktiviti tahunan pihak sekolah yang dijalankan dengan kerjasama PIBG.

Menurutnya, kayuhan berbasikal bermula dari SK Seri Aman di Bedong, Kedah dalam daerah Kuala Muda menuju ke D’Yan Chalet, Titi Hayun di daerah Yan di mana perjalanan sehala sejauh kira-kira 30 kilometer.

“Kayuhan sempat singgah di dua lokasi termasuk di Petronas Gurun untuk bersarapan dan Sekolah Kebangsaan Nyak Ngam, sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi dan sampai ke lokasi jam 12 tengah hari,” katanya.

Peserta kayuhan SK Seri Aman menikmati pengalaman yang tidak dapat dilupakan sepanjang tiga hari pengisian program./figcaption>

Katanya, selain menimba pengalaman melalui kayuhan, murid juga didedahkan dengan pengalaman mengunjungi lokasi menarik termasuk ke Waterfront Pantai Murni pada hari pertama.

Menurutnya, hari kedua berlangsung meriah dengan acara senam aerobik pada pagi sebelum disusuli dengan aktiviti rentas belantara. Pada sebelah petang pula, kayuhan diteruskan ke Pulau Bunting.

“Peserta bersiap sedia seawal jam 5.30 pagi pada hari ketiga dan membuat persiapan untuk pulang selepas solat subuh dan bersarapan.

“Alhamdulillah perjalanan pergi dan balik berjalan lancar di mana semua peserta sampai ke sekolah dengan selamat tanpa sebarang kecederaan mahupun kemalangan,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment