Dua kanak-kanak terselamat dalam kebakaran

Thursday, November 16, 2017

Dua kanak-kanak terselamat dalam kebakaran

Dua kanak-kanak terselamat dalam kebakaran

LABUAN - Dua kanak-kanak perempuan terselamat dalam kebakaran yang  memusnahkan rumah mereka di Kampung Sawangan Cina di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 3.30 petang itu, dua adik-beradik itu dipercayai tinggal bersendirian kerana ibu bapa mereka keluar bekerja.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan, Zainal Madasin berkata ketika kejadian, kanak-kanak berusia enam tahun bergegas mengejutkan kakaknya, 8, yang sedang tidur setelah menyedari rumah mereka terbakar.

Kebakaran itu juga menyebabkan 21 penghuni tinggal sehelai sepinggang apabila lima rumah sewa termasuk rumah dua kanak-kanak terbabit musnah dalam kejadian itu.

“Balai Bomba Kampung Jawa menerima panggilan kecemasan kira-kira 3.54 petang dan sebuah jentera dengan tujuh anggota bergegas ke tempat kejadian untuk memadamkan kebakaran,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata apabila anggota tiba di tempat kejadian api sudah marak kerana rumah separuh kayu yang dibina bersambung antara satu sama lain dalam satu deretan menyebabkan api cepat merebak. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment