Derita Rohingya: Amal dasar apartheid

Tuesday, November 21, 2017

Derita Rohingya: Amal dasar apartheid

Derita Rohingya: Amal dasar apartheid

YANGON - MYANMAR . Kekejaman Myanmar terhadap penduduk Islam Rohingya adalah satu bentuk dasar apartheid, menurut pertubuhan hak asasi manusia Amnesty International berhubung siasatan punca krisis yang menyebabkan lebih 620,000 pelarian melarikan diri ke Bangladesh.

Dalam laporan Amnesty dikeluarkan semalam, organisasi itu menjelaskan bagaimana penganiayaan yang berlanjutan selama beberapa tahun telah mencetuskan krisis kemanusiaan semasa.

Tindakan kerajaan Myanmar telah mengehadkan hampir semua aspek kehidupan Rohingya sehingga menyebabkan mereka hidup seperti di dalam ghetto dalam negara Buddha itu.

Laporan 100 halaman dibuat berdasarkan penyelidikan selama dua tahun itu turut menyebut bahawa kawalan kerajaan memenuhi standard undang-undang jenayah terhadap kemanusiaan apartheid.

"Rakhine adalah tempat jenayah. Ia berlaku sebelum kempen keganasan ketenteraan sejak tiga bulan lalu. Mengembalikan hak dan status Rohingya serta mengubah undang-undang kewarganegaraan sangat diperlukan.

"Rohingya yang melarikan diri tidak boleh diminta untuk kembali ke sistem apartheid," jelas Pengarah Kanan Penyelidikan Amnesty, Anna Neistat. - AFP

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment