Atasi jurang komunikasi

Tuesday, November 21, 2017

Atasi jurang komunikasi

Atasi jurang komunikasi

GUA MUSANG - Program Jom Ke Sekolah dengan kerjasama Felda dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merupakan satu inisiatif kebangsaan bagi memberi peluang kepada ibu bapa untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang dianjurkan pihak sekolah.

Pengarah Jabatan Pendidikan Felda, Mohd Ridzuan Mohd Noor berkata, selain itu, program itu juga dilihat mampu mengekalkan hubungan baik antara pengurusan sekolah, ibu bapa dan masyarakat.

Katanya, program berkenaan diadakan dalam dua bentuk aktiviti iaitu akademik melibatkan murid manakala aktiviti sukan, pertandingan dan gotong-royong melibatkan guru serta ibu bapa.

Menurut beliau, untuk siri ini, sebanyak lapan sekolah terpilih iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Adela, Johor Bahru, SMK RIKT Lasah, Sekolah Kebangsaan (SK) Mata Air, SK Lurah Bilut, SK Chiku 03, SMK Nitar, SMK Pasir Besar dan SMK Bukit Goh.

"SMK Besout, Trolak, dipilih sebagai projek rintis yang pertama di mana ia melibatkan 77 pelajar tingkatan 4 pada tahun lalu.

"Manakala program kedua pula di Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Mayam, Mempaga, dengan penyertaan 120 murid tahun empat dan lima, pada Oktober tahun lalu," katanya

Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Siri Jom Ke Sekolah di SK Chiku 03, kelmarin.

Dalam program itu, seramai 107 murid telah menyertainya dan turut dijayakan dengan penyertaan dalam kalangan ibu bapa.

Tambah Mohd Ridzuan, pendekatan digunakan melalui kepimpinan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dengan melibatkan aktiviti interaksi santai mampu mengatasi jurang komunikasi antara ibu bapa dan sekolah.

"Murid-murid diberi program sokongan akademik seperti motivasi serta aktiviti interaktif santai yang dikendalikan fasilitator Universiti Teknologi Mara (UiTM).

"Ia juga mewujudkan rangkaian dan jalinan yang baik antara ibu bapa dan pihak sekolah di mana turut memberi peluang kepada ibu bapa serta komuniti memahami pentadbiran, tanggungjawab dan aktiviti sekolah dengan lebih jelas.

"Selain itu, ia juga merangsang penglibatan ibu bapa dan komuniti dalam aktiviti kecemerlangan murid serta membantu mengurangkan kes disiplin dalam kalangan murid di tanah rancangan Felda," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment