ADUN BN keluar Sidang DUN P Pinang

Tuesday, November 14, 2017

ADUN BN keluar Sidang DUN P Pinang

ADUN BN keluar Sidang DUN P Pinang

GEORGETOWN: Semua wakil rakyat Barisan Nasional (BN) petang tadi, keluar Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, bagi membantah tindakan kerajaan negeri yang meminda usul mereka.

Terdahulu, Datuk Dr Muhamad Farid Saad (BN-Pulau Betong) membentangkan usul supaya kerajaan negeri menghentikan semua pembangunan di lereng bukit serta-merta, sehingga pemaju menyediakan pelan penguraian air dan pengukuhan tanah.

Bagaimanapun, usul itu kemudiannya dipinda Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mohd Rashid Hasnon, yang mahu kerajaan Persekutuan bekerjasama dengan kerajaan negeri bagi menubuhkan jawatankuasa bersama untuk menangani implikasi perubahan iklim.

Tindakan itu dibantah oleh beberapa ADUN BN sehingga berlakunya pertikaman lidah hampir setengah jam, sebelum semua wakil rakyat BN kemudian bertindak keluar dewan.

Sementara itu, Muhamad Farid ketika ditemui berkata, tindakan itu menunjukkan kerajaan negeri menggunakan peraturan dewan untuk meminda usul yang dibawa pihaknya.

"Ini kali kedua mereka yang ada kuasa majoriti meminda usul kita. Mereka gunakan peraturan dewan untuk tidak membahaskan usul kerana selepas dipinda, cadangan itu menjadi idea mereka.

"Kita mahu memfokuskan peranan kerajaan negeri tetapi mereka babitkan kerajaan Persekutuan, sedangkan semua kelulusan pembangunan adalah di bawah tanggungjawab mereka," katanya.

DAP membentuk kerajaan negeri Pulau Pinang selepas menguasai 19 daripada keseluruhan 40 kerusi DUN. Parti sekutunya dalam pakatan pembangkang PKR (10), PAS (1) manakala BN (10).



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment