22 mangsa banjir di Muar

Wednesday, November 15, 2017

22 mangsa banjir di Muar

22 mangsa banjir di Muar

MUAR: Seramai 22 mangsa dari lima keluarga masih berlindung di pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjong Tohor di sini, sehingga jam 6.30 petang tadi.

Ia menjadikan daerah ini yang masih lagi terjejas banjir selepas dua pusat pemindahan, iaitu di SK Nam Heng di Johor Bahru dan Dewan Pusat Khidmat Penyayang, Air Hitam, Batu Pahat masing-masing ditutup pada jam 9.30 pagi dan 1 tengah hari tadi.

Pegawai Daerah Muar, On Jabbar, berkata walaupun keadaan cuaca semakin baik sejak pagi tadi dan banjir mulai surut, namun halaman rumah penduduk terjejas masih digenangi air.

"Walaupun keadaan cuaca bertambah baik hari ini, tetapi pusat pemindahan banjir ini masih lagi beroperasi kerana keadaan cuaca masih tidak menentu. Kita akan terus membuka pusat pemindahan ini sehinggalah keadaan dipastikan selamat. Baharulah kita akan menutup operasi pusat ini dan membenarkan mangsa pulang ke rumah masing-masing.

"Ada juga mangsa sudah pulang untuk membersihkan rumah masing-masing tetapi kita nasihatkan mereka supaya terus berlindung di pusat pemindahan terbabit. Mereka juga masih tidak boleh memasak atau tidur di rumah masing-masing kerana keadaan kediaman yang agak kotor dan tidak selesa akibat banjir," katanya ketika dihubungi BH, di sini hari ini.

On berkata, tindakan ini juga secara tidak langsung akan dapat menjaga kebajikan dan keselamatan mangsa banjir di daerah ini.

Sementara itu, Jabatan Metrologi Malaysia turut mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda daerah Tangkak, Muar dan Batu Pahat pada jam 6 petang tadi.

Amaran hujan lebat ini dijangka akan melanda ketiga-tiga daerah di Johor itu sehingga malam ini.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment