Paderi dituduh rogol biarawati di India

Thursday, September 13, 2018

Paderi dituduh rogol biarawati di India

Paderi dituduh rogol biarawati di India

NEW DELHI - INDIA. Polis India semalam memanggil dan menyiasat seorang paderi di Kerala selepas dia dituduh merogol beberapa orang biarawati.

Paderi Franco Mullackal menafikan tuduhan itu.

Mangsa pertama menuduh Mullackal pada akhir Jun lalu dan mendakwa dirogol sebanyak 13 kali antara 2014 dan 2016, tetapi polis berhenti menyoal siasat paderi berkenaan.

Namun, tekanan telah meningkat untuk mendesak pihak berkuasa menyiasat dakwaan tersebut.

Mangsa dikatakan telah meminta campur tangan wakil Vatican di India untuk meneruskan kesnya.

Rahsia itu dihidu pihak media, dan berkata Mullackal "menggunakan kuasa politik dan wang untuk menutup kes berkenaan."

Mullackal menyifatkan tuduhan ke atasnya sebagai skandal menentang gereja.

Sementara itu, seorang ahli politik tempatan, P C George, telah mengeluarkan kenyataan kontroversi apabila menggelar mangsa sebagai pelacur.

"Dua belas kali dia menikmatinya dan kali ketiga belas ia merogol? Kenapa dia tidak mengadu pada kali pertama? "Laporan media memetiknya sebagai berkata.

Kerala adalah negeri majoriti penduduk Kristian terbesar di India dan salah satu yang tertua di dunia.

Pada Julai lalu, dua orang paderi ditangkap kerana didakwa merogol dan memeras ugut wanita selama lebih 20 tahun di negeri ini. - AFP



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment