Sepakan penalti: Tawar ganjaran RM3,000

Thursday, September 13, 2018

Sepakan penalti: Tawar ganjaran RM3,000

Sepakan penalti: Tawar ganjaran RM3,000

PERSATUAN Bola Sepak Daerah Kuala Kangsar (PBDKK) dan Elizon FC bakal menganjurkan pertandingan sepakan penalti di Stadium Mini, Kuala Kangsar pada 16 September ini,  bermula jam 8.15 pagi.

Yang Dipertua (YDP) PBDKK yang juga Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), Abdul Aziz Yeop Jamaluddin berkata, pertandingan berkenaan turut menyediakan ganjaran menarik berupa wang tunai RM3,000 bagi juara, RM2,000  (naib juara) , RM1,000 ( tempat ketiga) dan RM800 (tempat keempat).

“Format pertandingan ini hanya melibatkan sepakan penalti sahaja dan setiap pasukan hanya akan diwakili oleh tujuh pemain.

“Yuran penyertaan bagi menyertai pertandingan ini adalah sebanyak RM200 bagi setiap pasukan dan tarikh tutup penyertaan adalah pada Jumaat (esok) dan undian bakal dijalankan di pekarangan kolam renang Bukit Kerajaan, Kuala Kangsar pada 2 petang, Sabtu ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Difahamkan majlis penyampaian hadiah akan disempurnakan oleh Presiden Pafa, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim.

Sementara itu, Abdul Aziz berkata, semua bayaran penyertaan bagi pertandingan berkenaan akan disumbangkan kepada Rumah Kebajikan Kanak-Kanak Sultan Abdul Aziz, Kuala Kangsar.

Sementara itu, Abdul Aziz berharap agar pertandingan berkenaan mendapat respon yang baik menerusi penyertaan yang banyak.

“Penyertaan yang banyak ini sekali gus akan meningkatkan lagi jumlah wang yang dapat kita salurkan kelak ke rumah kebajikan berkenaan,” katanya.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment