Waris Mary Crystal dicari

Monday, July 2, 2018

Waris Mary Crystal dicari

Waris Mary Crystal dicari

SUBANG JAYA - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengesan waris kanak-kanak perempuan berusia satu tahun selepas ditinggalkan ibu kandungnya kepada keluarga angkat.

Menurut pelindung kanak-kanak pejabat Kebajikan Masyarakat Cawangan Subang Jaya, Mohd Hazril Mohd Kodri berkata, kanak-kanak itu yang dikenali sebagai Mary crystal Miranda ditinggalkan ibu kandungnya Plamina Desantus, kepada keluarga angkat, namun didapati Plamina menyerahkan Crystal kepada penjaga itu dengan tidak menandatangani surat keizinan di hadapan pesuruhjaya sumpah.

Katanya, selepas itu Plamina telah menghilangkan diri sehingga ke hari ini.

“Kanak-kanak itu tidak mempunyai sijil lahir dan apa-apa dokumen kelahiran.

“Jabatan ini telah mendapatkan perintah jagaan sementara di Mahkamah Bahagian Kanak-Kanak Petaling Jaya pada 14 Disember 2017 kepada penjaga,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, pihaknya juga dalam untuk memohon sijil kelahiran kepada Jabatan Pendaftaran Negara.

Mohd Hazril berkata, JKM sedang mengesan waris kanak-kanak itu dan berharap orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi beliau di talian  03-56343095.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment