TKM1 Pulau Pinang selamat jalani pembedahan

Monday, July 9, 2018

TKM1 Pulau Pinang selamat jalani pembedahan

TKM1 Pulau Pinang selamat jalani pembedahan

GEORGETOWN - Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Ir Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman selamat menjalani pembedahan pintasan jantung, hari ini.

Pembantu khasnya, Muhasdey Muhamad ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Menurutnya, pembedahan itu mengambil masa hampir enam jam di Hospital Pulau Pinang (HPP).

“Buat masa ini beliau masih diletakkan dalam pemantauan doktor pakar di HPP.

“Pihak keluarga turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan keselamatan dan kesembuhan untuk Datuk,” katanya.

Terdahulu, Ahmad Zakiyuddin mengadu sakit dada semasa dalam perjalanan ke majlis hari raya di Kepala Batas pada Khamis lalu.

Beliau kemudiannya dibawa ke sebuah hospital swasta di Bandar Perda untuk mendapatkan rawatan.

Adun Pinang Tunggal itu kemudiannya terpaksa dipindahkan ke HPP pada hari yang sama.

Semasa di HPP, beliau perlu menjalani ujian angiogram bagi memeriksa saluran injap pada jantung.

Bagaimanapun, beliau perlu ditahan wad untuk beberapa hari bagi memudahkan pegawai perubatan memantau keadaan kesihatannya.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment