Syed Saddiq catat sejarah

Tuesday, July 3, 2018

Syed Saddiq catat sejarah


Jika sebelum ini bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak antara nama yang tercatat sejarah selepas menjawat jawatan sebagai Timbalan Menteri Tenaga, Telekomunikasi dan Pos ketika berusia 25 tahun pada 1978, kini Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pencipta rekod baharu tersebut.

Syed Saddiq yang juga Ketua Pemuda PPBM mengulas berhubung pelantikan tersebut berkata, beliau bersyukur dan gembira dengan peluang itu.

Malah katanya, beliau juga akan memastikan golongan belia menjadi fokus utama dalam agenda pembangunan negara serta berjanji akan membela nasib golongan atlet di negara ini.

“Kerajaan ini percaya nasib dan masa depan belia harus ditentukan oleh golongan itu sendiri dan kini belia mempunyai ruang serta peluang untuk membuktikan kuasa mereka sebagai penggerak masa depan negara.

“Selain itu, kerajaan juga ber­azam untuk memperjuangkan sukan tempatan secara lebih inklusif dan adil. Malaysia akan terus menempa kejayaan di dalam pelbagai bidang sukan daripada segi pengurusan sukan dan kemudahan hinggalah atlet menjulang kejayaan dalam dan luar negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.



sumber: utusan

0 comments:

Post a Comment