Bantu rakyat bukan semasa PRU sahaja

Monday, July 2, 2018

Bantu rakyat bukan semasa PRU sahaja

Bantu rakyat bukan semasa PRU sahaja

SEGAMAT â€" Usaha membantu dan menjaga kebajikan rakyat di Dun Pemanis tidak dijalankan menjelang waktu kempen pilihan raya sahaja, sebaliknya akan diteruskan secara konsisten selepas ini.

Adun Pemanis, Dr Chong Fat Full berkata, gerak kerja giat dilaksanakan bersama pejabat pusat khidmat Dun Pemanis selepas mendapat mandat pada PRU14 lalu.

“Program di peringkat Dun saya sudah mulakan sebelum, semasa dan selepas PRU14 dan akan diteruskan ke peringkat akar umbi untuk bantu rakyat memerlukan. Ini jadi rutin saya selepas ini.

“Keutamaan Dun Pemanis untuk terus memahami keperluan rakyat dan saya sebagai wakil rakyat akan bawa suara mereka demi kesejahteraan hidup lebih baik kerana sebelum ini saya juga banyak terlibat dengan aktiviti amal,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita sewaktu Jamuan Hari Raya Pemimpin Bersama Rakyat anjuran Pakatan Harapan (Harapan) Parlimen Sekijang di Dewan Serbaguna Bandar IOI, kelmarin.

Turut hadir, Ahli Parlimen Sekijang, Natrah Ismail dan Adun Kemelah, Dr Sulaiman Mohd Noor.

Menurutnya, beliau juga optimis bahawa pembangunan di Dun Pemanis yang meliputi tiga kawasan Felda iaitu Felda Medoi serta Felda Pemanis 1 dan 2 akan bertambah baik berbanding sebelum ini.

“Demi kebajikan rakyat, saya akan terus agresif untuk turun padang dan membantu menyelesaikan masalah mereka kerana kemenangan ini adalah kemenangan rakyat dalam menumpaskan BN.

“Jadi saya akan berusaha sedaya upaya untuk menterjemahkan kepercayaan rakyat dalam bentuk perkhidmatan kerana kemenangan ini adalah kemenangan rakyat dan tanpa sokongan mereka, saya tidak akan menang,” katanya.

Dalam pertandingan tiga penjuru pada PRU14 lalu, Fat Full menewaskan calon BN, Hoo Siaw Lee dan calon Pas, Normala Abdul Samad apabila mendapat sebanyak 8,304 undi dengan majoriti sebanyak 363 undi.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment