Ahmad Zahid tiba beri keterangan kepada SPRM

Sunday, July 1, 2018

Ahmad Zahid tiba beri keterangan kepada SPRM


Dua kes itu melibatkan dana RM2.6 bilion dimasukkan ke dalam akaun peribadi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan penyelewengan dana sebuah yayasan diterajuinya bernilai lebih RM1 juta.

Presiden UMNO itu tiba pada pukul 9.52 pagi dengan menaiki kenderaan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire berwarna hitam.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu kemudian dilihat memasuki ibu pejabat SPRM dan menuju ke bilik siasatan untuk memberikan keterangan.

SPRM semalam mengesahkan Ahmad Zahid dikehendaki hadir memberikan keterangan berhubung dua kes yang disiasat suruhanjaya itu selain kenyataannya pernah berjumpa penderma dari Arab Saudi yang dikatakan memasukkan dana RM2.6 bilion itu.

Satu lagi kes ialah melibatkan siasatan pembayaran kad kredit milik Ahmad Zahid dan isteri, Datin Seri Hamidah Khamis yang menggunakan wang daripada yayasan yang diterajui Presiden UMNO dan juga bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Semalam, Ahmad Zahid dalam sidang akhbar pertamanya selaku Presiden UMNO memaklumkan beliau bersedia memberikan kerjasama kepada SPRM berhubung kedua-dua kes berkenaan. - UTUSAN ONLINE



sumber: utusan

0 comments:

Post a Comment