Lesen niaga percuma kekal

Sunday, July 1, 2018

Lesen niaga percuma kekal

Lesen niaga percuma kekal

SEREMBAN - Kerajaan negeri akan meneruskan pemberian lesen percuma kepada peniaga dan penjaja kecil di negeri ini sehingga satu tempoh ditetapkan.

Exco Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan, Dr Rafie Abd Malek berkata, kerajaan negeri sentiasa menggalakkan rakyat negeri ini berkecimpung dalam keusahawanan bagi meningkatkan pendapatan.

Menurutnya, pihaknya tiada sebarang halangan malah sentiasa memberi sokongan terhadap usaha peniaga dan penjaja kecil yang bertungkus-lumus menambah ekonomi keluarga mereka.

“Kerajaan negeri akan meneruskan pemberian lesen perniagaan percuma kepada semua peniaga dan penjaja kecil di negeri ini.

“Tetapi mereka perlulah menjaga disiplin dengan tidak mengabaikan kebersihan dan keselamatan orang ramai.

“Kepentingan masyarakat sangat penting dan sebab itulah semua peniaga di tepi jalan atau di mana-mana kawasan perumahan perlu menjaga kebersihan, sama ada penyediaan makanan mahu pun kawasan sekitar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika temu bual bersama FB Live Sinar Harian di Seremban 2, semalam.

Ujarnya, selain mementingkan kebersihan, peniaga juga harus mengutamakan lokasi mereka.

Tegasnya, jangan yang berniaga di kawasan tidak selamat dan boleh mengganggu perjalanan lalu lintas, kerana mendatangkan masalah di kemudian hari.

Beliau memaklumkan kerajaan negeri akan mempertimbangkan bantuan pinjaman modal kepada peniaga kecil.

Tambahnya, ia bagi membantu peniaga dan penjaja membuat pinjaman dengan mudah.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment