Wariscan, cinta tiga anak muda
DEMI mengangkat industri seni dan budaya dan rasa cinta yang mendalam terhadap warisan, tiga anak muda mengorak langkah memulakan Wariscan, perniagaan yang menyediakan menyediakan perkhidmatan mengimbas menggunakan pengimbas beresolusi tinggi.
Bermula dengan modal yang sedikit serta status sebagai pelajar ketika itu tidak menghalang Mohamad Hilman berniaga.
Dengan menerima sokongan dan bantuan daripada University of Malaya Centre of Innovation and Commercialization (UMCIC), Wariscan yang ditubuhkan pada Januari 2016, kini bergerak maju.
Menurut Hilman yang juga Ketua Pegawai Eksekutifnya, idea asal penubuhan Wariscan adalah untuk memastikan budaya warisan dan sejarah diperkenalkan kepada generasi muda akan datang dengan menggunakan teknologi.
âKami percaya untuk menjadi negara hebat, kita mesti menyukai budaya kita, menerima sejarah dan menghayati warisan.
âUntuk pastikan ia berjalan lancar kita kena digitalkan kesemua warisan dan budaya yang ada. Ini perlu, sekiranya terjadi sesuatu kepada yang asli, sekurang-kurangnya ada yang digital sebagai âbackup,ââ katanya.
Bermula dengan peluang
Menurut Hilman, Wariscan menyediakan servis mengimbas lukisan, tekstil dan manuskrip lama dengan menggunakan pengimbas beresolusi tinggi untuk tujuan penyimpanan, dokumentasi dan pengarkiban.
âDi Malaysia, ini satu-satunya mesin yang ada dan dimiliki oleh Fakulti Kejuruteraan, UM. Sebagai pelajar di sana ketika itu, kami melihat peluang yang ada, disamping memaksimumkan penggunaan teknologi ini untuk masyarakat Malaysia.
âMesin ini kami sewa dan secara tidak langsung membantu universiti menghasilkan pendapatan. Ia bertepatan kehendak universiti yang mahu pelajar bersifat keusahawanan,â ujarnya.
Mengambil contoh di Kyoto, Jepun, Hilman menjelaskan, teknologi ini semakin berkembang pesat dan kepentingannya semakin diterima masyarakat di sana.
âDi Kyoto, bukan sekadar lukisan, tetapi dinding kuil juga disimpan sebagai rekod.
âSaya melihat negara maju, apabila sampai disatu tahap mereka menyedari akan kepentingan terhadap seni budaya dan warisan. Di Malaysia juga sudah nampak pergerakan ke arah itu. Kita nampak peluang teknologi ini kepada industri budaya di sini,â ujarnya.
Kekangan modal
Berkongsi pengalaman di awal penubuhan Wariscan, Hilman berkata ia bukanlah sesuatu yang mudah, apatah lagi untuk membina kepercayaan pelanggan terhadap perniagaan yang diusahakan.
Menyakinkan orang adalah cabaran paling utama, selain daripada kekangan modal.
âKita tengok di luar negara ada permintaan seperti di Jepun, Amerika Syarikat dan Eropah. Persoalannya, di Malaysia ini ada ke pihak yang berminat?
âKita jumpa dengan pelbagai pihak antaranya, muzium dan galeri. Tetapi nampaknya isu bajet merupakan isu utama kerana apa yang muzium perlukan di sini adalah kedatangan pengunjungâ katanya.
Bagaimanapun, kekangan itu tidak sedikitpun mematahkan semangat bahkan bantuan geran daripada Skim Permulaan Usahawan Bumiputera (SUPERB) daripada TERAJU sebanyak RM500,000, melebarkan lagi sayap perniagaan ke peringkat lebih tinggi. Yang terkini, Wariscan telah berjaya memasuki Coach and Grow Program (CGP) di bawah seliaan Cradle Fund.
Menurut Hilman, banyak kelebihan menggunakan mesin pengimbas beresolusi tinggi itu untuk mengimbas dan hasilnya adalah yang terbaik, di mana gambar yang diambil tidak pecah dan kelihatan asli.
Bangunkan teknologi AR/VR
Disamping menyediakan perkhidmatan imbasan beresolusi tinggi, Wariscan juga meneroka bidang lain yang berkaitan seni dan budaya bagi memastikan syarikat yang baru setahun jagung ini terus berdaya saing.
Hilman berkata, Augmented Reality (AR) dan Virtual Reality (VR) merupakan suatu bidang yang baru mendapat perhatian dunia dan merupakan salah satu teknologi yang dijangka bakal merevolusikan kehidupan dan gaya hidup seperti yang telah berlaku sebelum ini dengan teknologi telefon pintar.
âKita tidak fokus kepada satu segmen perniagaan semata-mata. Dalam masa sama, bidang baru yang diterokai ini juga berkaitan seni dan budaya,â katanya.
Bagaimanapun jelasnya, masih ramai yang belum sedar akan kepentingan teknologi ini, dan ini boleh memberi kesan kepada kuantiti dan kualiti penghasilan kandungan AR/VR.
Justeru, beliau berpandangan lebih banyak usaha untuk memberikan penerangan dan kesedaran mengenai teknologi AR/VR adalah penting.
âKita mengadakan kursus asas mengenai teknologi AR sejak tahun lalu untuk menyemai minat dalam teknologi ini di kalangan anak muda, seterusnya berharap supaya mereka berkecimpung dalam arena pembangunan kandungan digital.
âEra AR/VR mungkin masih belum bermula, tetapi usaha bersepadu perlu untuk meningkatkan penghasilan kandungan AR/VR supaya penggunaan teknologi ini mendapat sambutan yang lebih meluas.
âPasaran AR/VR mempunyai masa depan yang cerah namun hanya yang sanggup menyahut cabaran sahaja yang bakal meraih kelebihan apabila tiba masanya,â katanya.
Menurutnya, kini Wariscan sedang bekerjasama dengan Muzium Kesenian Islam dan Muzium Telegraf di Taiping untuk membina kandungan digital yang bakal menarik minat lebih ramai lagi kalangan generasi muda.
Berani berinovasi
Walaupun masih baru dalam bidang ini, Hilman dan dua lagi rakan kongsinya, Muhammad Zaki Kamaruddin dan Mohd Fadzil Jamaludin sentiasa positif perniagaan berasaskan teknologi ini mendapat permintaan.
âIa bermula dengan kerja keras untuk mampu setapak ke hadapan lagi. Untuk permulaan, kesilapan sebagai tempat untuk belajar. Terus lakukan dan jangan takut untuk memulakan perniagaan walaupun dengan modal yang sedikit,â katanya.
Wariscan boleh dicapai melalui laman sesawang di alamat www.wariscan.com.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment