Waspada serangan demi kepentingan politik

Monday, November 20, 2017

Waspada serangan demi kepentingan politik

Waspada serangan demi kepentingan politik

KUALA LUMPUR - Pemimpin parti politik khususnya Amanah, dinasihat untuk lebih berwaspada dalam situasi politik semasa yang tidak menentu.

Pandangan itu dilontarkan Pengerusi Biro Antarabangsa Amanah, Datuk Raja Kamarul  Bahrin Shah Raja Ahmad ketika diminta mengulas mengenai penahanan anak kepada Naib Presiden Amanah, Datuk Husam Musa, di Kota Bharu, kelmarin.

Menurutnya, apa yang berlaku kepada pemimpin politik menjadi berisiko untuk di peralatkan pihak tertentu demi kepentingan politik.

“Kita perlu berwaspada lebih sikit kerana di zaman politik yang sedang memuncak hari ini, terutamanya di Kelantan.

“Kerana musim-musim sekarang ini banyak perkara-perkara yang orang kata emosi mungkin akan digunakan pihak tertentu untuk kesempatan kepentingan politik,” katanya ketika ditemui di Parlimen, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Saya hanya tahu daripada laporan media: Husam]

[ARTIKEL BERKAITAN: Anak Adun ditahan miliki 200 pil kuda]

Sehubungan itu, beliau yang Ahli Parlimen Kuala Terengganu  menggesa semua pihak bertenang dan tidak membuat sebarang spekulasi, sehingga siasatan polis selesai.

"Isu dadah ini memang banyak aspek yang tidak begitu jelas, kita jangan buat kesimpulan terlalu cepat. Biarlah pihak berkuasa menjalankan tugas mereka," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment