Tentera Afghanistan bunuh 14 pemberontak

Sunday, November 5, 2017

Tentera Afghanistan bunuh 14 pemberontak

Tentera Afghanistan bunuh 14 pemberontak

KABUL - AFGHANISTAN. Empat belas pemberontak terbunuh manakala 15 yang lain cedera selepas tentera Afghanistan melancarkan operasi di wilayah selatan Helmand, agensi berita Xinhua memetik kenyataan kementerian pertahanan sebagai berkata.

Melalui akaun Twitter, kementerian itu mengatakan bahawa sepuluh kenderaan dimusnahkan semasa serangan di daerah Nad Ali, yang terletak di ibu kota barat provinsi Lashkar Gah.

Helmand, terkenal dengan penanaman pohon candu, juga kubu kuat Taliban.

Pasukan keselamatan Afghanistan telah meningkatkan operasi keselamatan terhadap kumpulan militan ketika pejuang Taliban dan Daesh telah cuba merampas wilayah itu dan menggabungkan kedudukan mereka pada musim sejuk di negara pergunungan.

Kumpulan militan Taliban terhadap pasukan keselamatan di Helmand belum membuat sebarang kenyataan. - bernama [googletag.display] (19459003]

SH_D_Global_InArticle_OOP-0 & # 39;);}); [1945904]
Artikel berkaitan yang mesti dibaca: [1945904]
    ] www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab terhadap pendapat dan pandangan yang dinyatakan melalui laman sosial ini. Ini pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak mencerminkan pandangan dan kedudukan kami.


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment