Tengok-tengoklah nak buat 'U-turn'

Thursday, November 16, 2017

Tengok-tengoklah nak buat 'U-turn'



LELAKI maut manakala rakannya parah dalam kemalangan motosikal dan kereta di Jalan Baru Kulim/Baling-Grik, Baling, malam tadi.

Arwah Mohammad Nasharudin Mohd Isa, 21, dari Kampung Pahat Dalam, Grik, Perak, ketika itu bersama rakannya, Mohamad Firdaus Ismail, 20-an, dalam perjalanan dari Grik ke Pekan Tawar.

Kemalangan dipercayai berlaku pada 7.30 malam.

Allahyarham Muhammad Nasharudin maut apabila motosikalnya merempuh pintu kanan Toyota Vios yang dikatakan melakukan pusingan-U.

Ketua Polis Baling, Superitendan Shariffuddin Yusof, berkata pemandu Toyota Vios, Mohamad Nizar Ismail, 50, tidak cedera.

“Siasatan awal mendapati pemandu itu melakukan pusingan-U.

“Kedua-dua mangsa parah di lokasi kemalangan. Tapi, penunggang meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Baling (HB),’ katanya.

Shariffuddin berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu dan menyebabkan kematian.



sumber: hmetro

0 comments:

Post a Comment