Sukar tubuh sekolah aliran Inggeris

Tuesday, November 21, 2017

Sukar tubuh sekolah aliran Inggeris

Sukar tubuh sekolah aliran Inggeris

SHAH ALAM - Akta dan dasar pendidikan negara perlu digubal sekiranya kerajaan ingin menubuhkan sekolah aliran Inggeris di negara ini.

Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Cheong Sin Woon, cadangan mewujudkan semula sekolah aliran Inggeris tidak boleh dilakukan segera kerana ia perlu dibawa ke sidang Parlimen untuk dibentangkan dan diluluskan.

"Kerajaan sedia menerima pandangan dan cadangan daripada semua pihak.

"Bagaimanapun, dengan akta dan dasar pendidikan negara yang ada pada hari ini, cadangan tubuh sekolah aliran Inggeris bukanlah satu usaha mudah," kata Sin Woon seperti dipetik dalam Oriental Daily.

Beliau mengulas mengenai hasil tinjauan yang dijalankan Institut Yusof Ishak Singapura (ISEAS) baru-baru ini, menunjukkan lapan daripada 10 rakyat Johor mahu sekolah aliran Inggeris dikembalikan di negeri itu.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan turut menyatakan kerajaan sedia mempertimbangkan cadangan menubuhkan sekolah aliran Inggeris dalam usaha meningkatkan daya saing graduan sebagai langkah persediaan menempuh cabaran Revolusi Perindustrian 4.0.

Katanya, cadangan itu adalah persediaan kerajaan memastikan sistem pendidikan di negara ini dapat ditransformasikan supaya pelajar boleh menjadi lebih kreatif dan inovatif.

Menurut Sin Woon, dalam usaha memperkasakan bahasa Inggeris, Kementerian Pendidikan telah melaksanakan pelbagai rancangan termasuk menghantar lebih ramai guru Bahasa Inggeris mengikuti kursus di pusat bahasa.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment