Soosai tak buat pengakuan

Tuesday, November 21, 2017

Soosai tak buat pengakuan



SEORANG lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Port Dickson, hari ini, atas pertuduhan membunuh seorang pemilik kedai cuci kereta, September lalu.

Tertuduh, S Soosai, 29, didakwa membunuh B Sugumaran, 32, di tanah perkuburan Hindu di Kampung Saga, Rantau.

Perbuatan terbabit didakwa dilakukan antara 10.30 malam hingga 12 tengah malam, 13 September lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Siti Khairiah Abdul Razak.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya A Ashwini manakala tertuduh diwakili peguam Paul Krishnaraja.

Mahkamah kemudian menetapkan 21 Disember ini untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan bedah siasat.

Harian Metro pada 13 November lalu melaporkan mayat Sugumaran yang dilaporkan hilang dari premisnya di Ampangan, Seremban ditemui ditanam di Siliau.

Berdasarkan siasatan awal, mangsa dipercayai dibunuh selepas dikatakan bercinta dengan isteri suspek.



sumber: hmetro

0 comments:

Post a Comment