Setya Novanto dipantau agensi anti rasuah

Monday, November 20, 2017

Setya Novanto dipantau agensi anti rasuah

Setya Novanto dipantau agensi anti rasuah

JAKARTA - INDONESIA . Speaker Parlimen Indonesia, Setya Novanto diletakkan di bawah tahanan agensi anti rasuah selepas ditangkap kerana dituduh menyebabkan kerugian AS$170 juta (RM706 juta) yang dikaitkan dengan skim kad pengenalan elektronik negara itu.

Setya dipindahkan dari hospital pada malam kelmarin ke kemudahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (KPK)  di ibu pejabatnya di Jakarta.

Beliau ditahan Jumaat lalu, namun KPK menangguhkan penguatkuasaan tahanan kerana ahli politik itu sedang menerima rawatan untuk kecederaan yang dialami dalam kemalangan kereta sehari sebelumnya.

Timbalan ketua KPK, Laode Muhammad Syarif berkata, doktor mengesahkan Setya tidak lagi perlu dirawat di hospital dan prosedur penangguhan dibatalkan serta-merta.

10 November lalu, Setya dinamakan sebagai suspek utama selepas siasatan mendapati AS$5,000 (RM21,000) hingga AS$5.5 juta (RM23 juta) dibahagi di kalangan ahli politik di Parlimen. - Reuters

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment