Sasar jualan RM5j nombor plat T1M

Thursday, November 16, 2017

Sasar jualan RM5j nombor plat T1M


Kuala Lumpur: Pertubuhan Transformasi Anak Muda Malaysia menyasarkan kutipan RM5 juta melalui penjualan nombor plat kenderaan T1M hingga T1M1000 yang dibuka selama sebulan bermula 20 November hingga 20 Disember ini.

Pengerusi pertubuhan, Helmi Yusof berkata, pelancaran nombor plat berkenaan yang boleh dibida melalui laman web www.platt1m.com dijangka disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Pekan, Pahang, 19 November ini.

“Harga permulaan tertinggi bidaan yang dibuka adalah RM180,000 bagi nombor T1M1 diikuti RM98,000 untuk nombor 2, 5, 7, 8 dan 9 manakala nombor tiga angka yang lain bermula dengan harga serendah RM2,500.

“Kita jangkakan, keseluruhan bidaan adalah RM5 juta dan semua wang hasil bidaan akan disalurkan kepada pertubuhan untuk pelaksanakan usaha transformasi anak muda dalam bidang pendidikan dan kebajikan,” katanya ketika ditemui, semalam.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis pelancaran nombor plat T1M di sini kelmarin. Hadir sama Penasihat Kehormat Pertubuhan Transformasi Anak Muda Malaysia Tan Sri Yahya Ibrahim.

Sementara itu Yahya berkata, plat kenderaan T1M membawa maksud Transformasi 1Malaysia adalah sebagai tanda sokongan misi kerajaan ke arah pelaksanaan Transformasi Nasional 2050 (TN50).



sumber: hmetro

0 comments:

Post a Comment