Naik taraf pendawaian elektrik

Sunday, November 19, 2017

Naik taraf pendawaian elektrik

Naik taraf pendawaian elektrik

DUNGUN - Sebanyak 100 rumah di Parlimen Dungun menikmati kemudahan untuk menaiktarafkan sistem pendawaian elektrik di rumah menerusi program Jom Bantu Rakyat.

Kesemua penerima bantuan yang layak terdiri daripada golongan kurang berkemampuan dan sebanyak RM1,000 diperuntukkan untuk setiap rumah yang tersenarai.

Pegawai Pembangunan Masyarakat Dungun, Datuk Din Adam berkata, bantuan pendawaian yang diberikan adalah salah satu bentuk bantuan yang disediakan untuk penduduk melalui program itu.

Menurutnya, hampir keseluruhan proses pendawaian elektrik yang dilakukan sudah siap sepenuhnya dan dapat dimanfaatkan oleh rakyat.

“Setiap Dun menerima bantuan empat jenis perkara iaitu perabot, kemudahan bekalan air, pendawaian elektrik dan kelengkapan kabinet dapur. Untuk proses pendawaian sudah mencapai 90 peratus dan hanya sebahagian kecil sahaja belum selesai.

“Program ini sebagai tanda prihatin dan cakna kepada kehidupan penduduk serta mengelak keciciran termasuk mereka yang tinggal di pedalaman,” katanya kepada Sinar Harian ketika melawat rumah penduduk yang terpilih untuk naik taraf pendawaian dua di Ketengah Jaya, di sini, baru-baru ini.

Hadir sama, Penyelaras Dun Paka, Tengku Hamzah Tengku Draman.

Sementara itu, salah seorang penduduk yang menerima manfaat itu, Suraima Abd Wahab, 43, berkata, selepas 16 tahun menetap di rumah sendiri baharulah sistem pendawaian elektrik di rumahnya dapat dinaik taraf.

Menurutnya, dia dan suami serta lima anak berusia sembilan hingga 17 tahun menetap di rumah itu.

"Kami memang tak ada duit nak naik taraf pendawaian ini tapi sekarang bersyukur sangat sebab dapat bantuan ini," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment