Mugabe mogok lapar bantah penahanan

Sunday, November 19, 2017

Mugabe mogok lapar bantah penahanan

Mugabe mogok lapar bantah penahanan

HARARE - ZIMBABWE . Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe dikatakan mogok lapar sebagai membantah penahanan ke atas beliau.

Laporan Daily Mail memetik kenyataan Patrick Zhuwao yang merupakan anak saudaranya, Mugabe, 93, tidak makan sejak kelmarin selepas beliau diletakkan di bawah tahanan rumah di kediamannya.

Jelasnya, bapa saudaranya 'sanggup mati' dan tidak berhasrat untuk berundur untuk mengesahkan pengambilalihan kuasa oleh tentera awal minggu lalu.

Zhuwao turut mengesahkan Grace Mugabe masih bersama suaminya, sekali gus menolak khabar angin yang mendakwa bahawa dia telah meninggalkan negara tersebut.

Sementara itu, jawatankuasa pusat parti pemerintah, Parti ZANU-PF menerusi satu mesyuarat khas telah memecat Mugabe dan digantikan dengan timbalannya yang dipecat awal bulan lalu, Emmerson Mnangagwa.

Jawatankuasa tersebut turut menyingkirkan isteri beliau, Grace Mugabe yang menjadi Ketua Liga Wanita ZANU-PF.

Dalam perkembangan lain, puluhan ribu penduduk membanjiri jalan di sekitar ibu negara meraikan 'kejatuhan' pemimpin paling lama memerintah di rantau Afrika itu. - Agensi

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment